21 December 2016

DIY Photobooth Props

Assalamualaikum :)

Tak lama lagi weolls dah nak sambut new family member.. Along nak kahwin dah next month.. ramai yg tanya "kenapa Dayah tak kahwin sekali?" ko rase? 😒 mestilah sebab belum ada jodoh.. kalau dah ada, pastinya kahwin serentak sebab nak jimat kos punya pasal.

Cakap pasal jimat ni, memang kitorang cuba minimize habis lah perbelanjaan kenduri Along ni. since weolls bukanlah dari family kaya raya. So one of the penjimatan is... Props untuk photobooth. ada jugak search range harga props ni. kalau tak mahal sangat, memang nak beli je lah. tak kuasa nak buat sendiri. tapi bila tengok rata2 orang jual rm3 ke atas untuk satu batang props.. tak masuk postage lagi.. so kita buat sendiri je lah ye, jimat berganda2.

nak buat tu senang je. kalau yang dah pro guna adobe photoshop tu, sila lah rajin2 kan diri buat sendiri. untuk yang baru nak belajar (like me!) kita guna microsoft word je.. hihi. Caranya.. guna shapes yang dah sedia ada (Pegi dekat Insert ---> shapes), lepas tu pilih lah bentuk apa yang uolls nak. lepas dah pilih tu, insert text box untuk bubuh tulisan dekat dalam shapes tu :) untuk tukar warna, outline semua tu, boleh right click shape tadi, lepas tu pilih lah kaler & outline yang cecantik mengikut citarasa

then dah siap design (it took me a week nak siapkan taw, sebab amatur kan. lols) boleh lah pegi print. pegi kedai printing, cakap je dgn org tu nak print atas kertas keras. kalau nak lebih yakin, mintak org tu contoh kertas dan rasa dulu, cukup keras tak? kertas yg ideal ialah yang macam manila kad. tebal sgt mcm kotak pn x best. huhu 😁 kalau print tu selalunya memang tak sampai RM2 untuk sehelai A4 pun.

Lepas dah siap print, boleh lah gunting lelawa pastu bubuh stick.. kalau kitorang punya style jimat, bubuh lidi sate je.. salotep dua batang lidi untuk kasi tebal sikit, baru best nak grip. lepas tu lekatkan dkt blkg props tadi. hasilnya....

lepas dah bubuh stick memang rasa satisfied gila.. tak sia2 bersengkang mata nak siapkan. hahaha

So uolls apa lagi, boleh lah start buat sendiri jugak props ni untuk jimat. hehe insyaAllah puas hati 👍👍👍 Tapi kalau rasa dah kesuntukan masa sangat, tak sempat dah nak design... boleh beli dgn kita. hehe kita jual softcopy RM6 je! yes RM6 je sebab sendiri pun baru belajar design kan, takut hodoh pulak nanti rugi je uolls beli... RM6 tu ada 5 pages of designs... macam kat bawah ni:

 


kalau tak sempat nak print atau takde kedai print berdekatan.. kita boleh tlg jugak. hihi insyaAllah RM1.50 untuk setiap design (pilih lah nak yg mana). kalau nak semua pun okay je, RM25 (tak termasuk postage).. postage skrg lebih kurang RM7 untuk poslaju semenanjung (saiz S).. harga including stick.. tapi lidi sate je.. sebab mmg economical price kan. hehe

Ok so kita list down price semula:
  • Softcopy sahaja (RM6.00)
  • Print + stick (RM1.50 per design - boleh pilih)
  • Print + stick (RM25.00 semua design kat atas)
  • Kalau nak request tukar wordings pun insyaAllah boleh. kita tambah lah charge dalam RM1-RM5.. tengok byk mana uolls nak tukar.. tp wordings je ye, nak tukar design kita x reti sgt.. (nama pun amatur kan. haha)
  • Kalau nak nego, nak harga yg tak termasuk stick ke, nak murah lagi ke apa ke... jgn segan2 contact kita taw
Untuk tempahan, uolls boleh emel kita : edayahzaid@yahoo.com . Letak tajuk "PHOTOBOOTH PROPS". tinggal nombor phone dekat emel tu, nanti kita wassap. hehe. nak letak no phone kita kat sini rasa public sgt.. sebab kita jual suka2 je kan. Kalau nak belajar buat simple design ni sendiri pun boleh emel kita.. insyaAllah fast reply. sebab office hour mmg kita menghadap emel sepanjang masa 😂😂😂 kalau takde emel... boleh tinggalkan komen kat sini. tapi tak janji fast reply. hehe

so tunggu apa lagi, start designing! :) till then, assalamualaikum..

28 July 2016

Puding Sagu Nyum Nyumm

Assalamualaikum :)

dua hari lepas ada terbaca resipi puding sagu ni dekat fb (tak taw nama sebenar dia apa, panggil puding sagu sebab ada guna biji sagu & susu cair yg guna untuk puding cocktail. lol). lepas baca resepi mestilah terus teringin so apa lagi start kereta pergi beli barang la. haha

nak ikut je resepi dekat fb tu tapi disebabkan lebih suka buat something sesuka hati tanpa sukatan yang tepat, so ni resepi akhir:

SAGU
1 cawan sagu biji (sagu yg saiz kecik)
Pewarna ikut citarasa sendiri nak kaler apa (kita guna merah, typical sgt.haha)
2 sudu gula pasir
Air

Mula2 rendam dulu sagu tu dalam setengah jam, biar kembang. lepas tu toskan air dia, campur semua bahan tadi dan terus rebus. air tu, mula2 boleh letak parat2 sagu je, then kena tambah dari semasa ke semasa. bila dah takde warna putih dekat sagu tu, insyaAllah sagu dah masak :) *jangan terlebih air, kalau sagu belum masak, tambah air sikit2.. jgn terus bubuh byk2*

SUSU
1 tin susu cair
5 sudu susu pekat
2 sudu gula
Secubit garam
Daun pandan untuk kasi wangi

Campur je semua bahan kat atas ni, masak sampai mendidih

GULA MELAKA
Certain orang suka bubuh gula melaka ni, sebab bau dia sedap. hehe tapi kalau taknak buat yang ni pun boleh, tapi dekat sukatan susu tadi, lebihkan gula.. sebab nanti tak manis. untuk gula melaka ni, kita potong setengah biji gula melaka yg bentuk silinder tu, cairkan dalam secawan air. letak daun pandan untuk naikkan bau dia. lepas gula melaka tu cair sepenuhnya, boleh tutup api :)

Lepas siap semua, recommended bubuh dulu dalam peti ais, dah sejuk baru makan. baru syiokk!

Tadaaaaaaa~ siap dah. sedap dimakan time panas2. memandangkan Malaysia memang summer all the time, so it's perfect to enjoy at any time :)



Sedang menikmati sambil buat soalan add math form 4 untuk anak2 didik =.= kurang sikit stress. haha