10 June 2011

saya sangat suka makan.

assalamualaikum..

burpp. kenyang. baru lepas makan. haha dayah memang kuat makan. harap maklum. cepat kenyang dan cepat lapar. kalau time sarapan tu setakat makan roti gardenia sekeping pun dah cukup. kenyang suda. tapi percayalah~ tak lama lepas tu perut akan menderita kelaparan.. itu tandanya kadar metabolisme tinggi. haha

itulah sebab kenapa double chin ni x henti2 membesar. hahaha

korang pun tawu kan kat UiTM Puncak Alam ni ade 'tangga maut' tu. sooo selama ni dayah pikir kalau hari2 naik tangga tu, memang boleh kurus la. tapi sebenarnya tidak. itu hanyalah mitos semata2. maybe badan anda akan maintain sahaja, dan berkemungkinan besar anda akan bertambah gemuk! why? sebab nak naik tangga tu je memerlukan tenaga yang banyak. dan lepas dah penat mendaki tangga tu, KKPR mmg dah depan mata. (kat KKPR tu ade kafe.) sooo mmg majoriti akan singgah kat sane untuk beli makanan. almaklumlah time lapar kan, mesti ramai yang beli makanan berdasarkan nafsu semata-mata. hahaha :) padahal naik 'tangga maut' tu xde la penat sangat. tapi kaki memang lenguh abes la. sooo makan banyak untuk kepentingan kaki ke? ntah. rase macam tak. sooo sebab tu la badan bole gemuk. sebab kaki yang sakit tapi perut pulak yang dapat makan. x adil kan? (paham tak? kalau tak paham sila bace berulang2 kali smpai paham)

dan kalau korang nak tawu.. kat sini rasenya duit banyak digunakan untuk beli makanan je. sikit-sikit nak makan. hahaha :) sooo meh sini dayah share tips untuk jimat duit.

1) sarapan -- beli je roti gardenia satu plastik kat Is Mart tu. then makan cicah dengan air milo. (milo tu beli 3 in 1 then bancuh sendiri dalam bilik). jimat! kenyang weh. satu plastik roti gardenia yg panjang tu je da bole cover utk 1 minggu!

2) lunch. yeah. ini penting. mase lunch biasanya kita makan nasi campur kan kat sini? x payah la hari2 nak makan lauk ayam. tak tawu la korang perasan ke tak, kalau kita ambik lauk ayam, harganya mesti tak kurang dari RM3. betul tak? sooo cuba korang try ambik lauk lain plak. sebab dayah pernah ambik lauk daging+sayur. harga RM2.50 je. sooo dah banyak kali gak la dayah makan lauk daging sbb nk save budget.

kalau nak lagi murah, ambik lauk telur. believe it or not, tghari td dayah ambik lauk telur sweet sour + sayur coleslaw. teka harga dia berapa? RM1.80 je. dayah pn macam terkejut bile pakcik Elma Cafe tu cakap RM1.80 je. dayah siap suruh dye ulang 2 kali. betul ke RM1.80 JE?? hahaha

*dayah belum try ambik lauk ikan. x tawu la lagi murah ke mahal.
*lagi satu, ambik le nasi banyak2. sbb x kire bape banyak nasi korang ambik, same je harganya..

then kalau nak lagi jimat, tak payah la susah2 nak beli air. walaupun harge nya RM1 je untuk whatever air yang korang nak, tapi kalau 5 hari korang tak beli air, kan dah jimat RM5. dah bole makan nasi + ayam + coleslaw untuk 2 hari. hahaha :) sooo minum air masak je la ye. masak la sndiri kat bilik or gune air water dispenser. (tapi macam x elok je air dispenser tu. ntah)

3) minum petang? doh. x payah gedik nak minum petang segala. kalau lapar sgt, makan biskut je sudah.

4) dinner. sila amalkan petua yang sama macam lunch td. jimat. kalau tak pun, ikut je macam dayah. x makan time dinner. (ceh padahal sebab malas nk pegi beli kat kafe. haha) sooo selalunya dayah just makan biskut, kerepek or what so ever yg ade dalam locker ni. tak pun kalau dah lapar sangat... makan maggi la jawabnye. hahaha

5) supper. wow. perut korang mmg byk space kalau korang nak makan supper. x payah la weh. dah malam2 buta, gi tido suda la. hahaha

lagi tips penjimatan di UiTM Puncak Alam :

1) naik tangga. jangan naik bas. hahaha kadang2 kalau dah penat tahap gaban plus buku yang beratnya melampau, dayah akan naik bas jugak. tapi selalunya guna tangga je. jimat. sbb sekali naik bas dah kena cas RM1.

2) x payah rajin sangat keluar outing. seriously dayah belum pernah keluar outing. sooo segala selok-belok klang ke, shah alam ke, sume dayah x tawu. tambang bas pun dalam 2-3 ringgit jugak la kot. kalau pergi-balik dah rm6. soooo kirim je la kat kawan2 yang balik. diorang xde masalah nak belikan

3) beli yang perlu je. kadang2 pelik bile ade je budak yang bersemangat waja beli buku nota yang kaler2 kat Is Mart tu. ape lah bezanya dengan buku nota yang kaler putih je? harganya pun lagi murah. hahaha pape je la.

ok dah. kalau rase2 nya korang ade tips yg lagi baik, sila bgtwu oke. sebab duit elaun belum masuk. duit dlm purse pn dah tinggal bape sen je. dan kalau ade sesape yang pernah beli makanan murah2 kat cafe ni, roger2 la. heeee

wassalam. saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang puncak alam!

8 comments:

  1. thankyou Dayahhhhhhh :) mcm tau2 je aku memerlukan tips2 ni. HAHHAAHA ak hari2 mkn ikan keli ngn sayur, RM4 wehh. tktau la ikan lain hehe

    ak nk ikut la tips ni hahhaa

    thankyou. saaaayyaaaaangg Puncak Alam! HAHA

    ReplyDelete
  2. wow sampai rm4 seh. setakat ni pling mahal aq mkn pn rm3.50 je. sila lah amalkan tips aq ni. jimat. :)

    ReplyDelete
  3. tips aku.tak payah makan sayur.murah je..
    hahhahahha...sayur die tak berkhasiat pon..

    ReplyDelete
  4. syasya : mmg la kalo x mkn sayur lg murah.. tp kalo x makan sayur, aq rase nti bdn aq lemah x bole naik tangge. haha

    ReplyDelete
  5. hahah,, lau ikan mg lg mhal laa,,
    jap2,, sal amek nsi byk2 ue mg q amalkan,, tnye azian,, dy pn tkejut tgk nsi q,, pnuh 1 polestrin beb,, knyang smpy bsok,, kt sni smgu dah q xpyh mkn mlm,, brkfst spt byse bskut kring sje,,

    n stiap kali lunch, lau time kdekut q dtg, mg xlbey rm2 pn,, tp ktrg, lau amek aym pun xcecah rm3 laa,, byse ayam 2.5,, lau aym trbesar 2.8,, lau mlm mkn lauk bufet, syur xkire hrge sbp lauk tghari,, nk yg best mkn order,, tp bdjet bsar laa,, tp skali order nsi greng ley mkn 2 org pnye!!

    ReplyDelete
  6. wow. murah ek makanan kat UM. kat sini sume hrge standard je. x dpt student price pn. mmg kena pndai bjimat la..

    ReplyDelete
  7. NASI BAJET LAGI MURAHHH!!!! rm 1.50 jer satu.. boleh makan smpai 3 orang. share2.. rm0.50 sorg... hehe :D

    ReplyDelete
  8. NASI GORENG BAJET DEKAT kkpr murahhh!!!!!!!!!!!!! hehe. rm 1.50 jer... makan2.smpai 3 orang boleh kenyang. cuba2 jgn xcuba.. :D

    ReplyDelete