15 August 2011

lab report -.-'

assalamualaikum..

sebagai seorang pelajar asasi sains uitm puncak alam, anda perlulah sentiasa bersedia untuk tidur lambat gile ataupun tak tidur langsung atas sebab2 berikut:-

1. Dota (kejadahnye. siswa yg selalu x tido sbb main dota)
2. Lab Report. wehhhh malam tadi dayah tidur pukul 4 (sekali dgn sahur terus je la) sebab nak siapkan lab report biology yang ada dlm 8 muka surat post lab questions dan 4 muka surat discussion. tragis kan? itulah realiti.

alhamdulillah. lab report yg dah 96% complete the rest 4% kena tiru org lain. hahaha tu kes soalan2 yg x dpt diselamatkan la. kena tanya yang pro. *please la jgn ade sesape yg pinjam dayah pnye lab report ni untuk ditiru. rasa macam sakit hati je bile dah beriye tidur pukul 4 pagi nk siapkan, then senang je org lain copy bulat2 100%. mmg rase mcm nk kena lempang free je la.

3. mastering assignments. ok yang ni x pyh ckp la. mesti ramai yg buat last minute. kalau due date dia 1 hari bulan, 31 haribulan tu baru sebok2 nak buat. 31 hb tu mmg line internet sesak gile. mula lah ade yang terjerit2 sbb x dpt masuk website mastering tu. hahaha bayangkan kalau 31 hb tu hujan, internet connection xde (kat sini mmg slalu je xde connection). gabra takkkk? padan muke. hhaha *evil laugh

4. study. ala ni standard la. lagi2 bile esok ade quiz. mmg sume pulun abes smpy pukul 2, 3 pagi..

tapi rasenya orang jarang nk tidur lambat sbb siapkan kerja2 tutorial. sbb bnde tu tutor x selalu check. nk buat, buat.. x nak buat, bole je. tp rugi sdri la kan.

bile da tido lambat, nti esok sume berebut2 nk tido dlm dewan kuliah. kejamm... kejam.

moral of the story. jgn bertangguh buat kerja. siapkan awal2. *cehh terkena batang hidung sendiri. dayah mmg ske tangguh2  ni. sebab rasenya selagi deadline nye bukan esok, x feel la nk buat kerja tu. hahaha

okey then, mlm td tido kol 4 kan, jom la smbung tido. wasalam :)

me me me,
dayah MG

No comments:

Post a Comment