30 October 2011

mari berkongsi :)

Assalamualaikum

Rasulullah Saw pernah bersabda, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi


insyaAllah, bagi mengikuti sunah Nabi di atas, dayah akan share something bermanfaat di dalam setiap entry yang akan datang... :)


emmm hari ni dayah nak share video 'Saham Terbesar'. tujuan video ni bukan sebab nak ajak korang suma main saham ke apa. bukan jugak bertujuan untuk promote ASB (Amanah Saham Berhad). hehehe :) ni bukan saham duniawi. tapi saham akhirat, insyaAllah..


tahukah anda setiap ilmu yang kita share kat orang tu dapat pahala, dan jika orang tersebut sebarkan lagi ilmu tu kepada orang lain, maka berganda-gandalah pahala kita.. tapi.... pastikan ilmu itu bermanfaat! kalau kita ajar orang cara2 untuk mencuri, dan orang tu pegi amalkan pulak.. maka berdosalah kita!


“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674).


sekarang ni kan zaman fesbuk, twitter.. soooo share la dekat wall masing2 tentang sesuatu yang bermanfaat. contoh dalam video ni, kita tulis kat wall kita 'Senyumlah kerana senyum itu sedekah yang paling mudah!'. setiap orang yang tersenyum bile baca status kita tu, kita akan dapat 'percentage' pahala! dan bila orang yg baca tu turut mengajak orang lain tersenyum sama, berganda-gandalah 'percentage' kita! Alhamdulillah.. mudah je kan? tak payah keluarkan setitik peluh pun :)


soooo tunggu apa lagi? mari beramal :)   *maaf video kecik sebab nak layankan saiz blog ni yang memang comel. sila tekan video tersebut untuk tonton di youtube.. atau tekan je fullscreen!





p/s: this video is not mine. credit to youtube.


Assalamualaikum 

1 comment:

  1. ak nak bt entry serius pasal aurat... tp rasa mcm ak sdri pon bnyk kurg..

    ReplyDelete