13 November 2011

kahwin. nak lebihkan adat atau agama?

assalamualaikum




tengah hari tadi, dayah and family pergi kenduri kahwin kawan ibu. mmg grand gile la. pelamin rasenya konpem beribu-ribu ringgit. belum masuk sewa dewan, baju pengantin dgn katering lagi! ini baru tahun 2011. nanti time dayah kahwin? mgkin 5 tahun akan datang.. bape juta ringgit la agaknye kena spend yeeee :D


actually, kalau korang perasan la kan.. zaman skrg ni, jarang skali ada majlis perkahwinan yg betol2 ikut agama. kebanyakannya lebih berpaksikan adat semata-mata. tang bile je ikut agama? tang rukun nikah je la kot. akad, wali, saksi, dan yang paling penting.. mestilah pengantin lelaki dan perempuan. haiiii ini je la yg korang ikut. yg lain? habis tunggang tebalik!


mungkin dayah sendiri yang tak pernah pegi kenduri kahwin yg islamik sbb rasenya kebanyakan kenalan keluarga dayah semuanya orang2 biase je. maka.. tak pernah pulak dayah pegi kenduri kahwin yang pengantin perempuannya pakai tudung labuh, dan baju yang betul2 loose. kebanyakannya, mesti nak pakai tudung ariani kalau boleh paras2 atas dada, tmbh lg dgn baju pengantin yg menyesakkan nafas diri sendiri (baca : ketat) . cantik eyy pakai mcm tu? myb. tp dayah selaku seorang perempuan pn naik segan nk tengok. kalau kurus, lalu lah lg nk pndg. kalau berisi? hailaaaaa.. (eh. tak bermakna org kurus bole sesuka aty tyg aurat okey).. sedarlah. awak baruuuuu je nikah dgn suami awak tu. tak pasal2 suami awak dah start menanggung dosa awak yg bertimbun. tak sayang laki ke weh? kalau tak sayang watpe kawen..


then.. selalunya kalau pegi kenduri kahwin, selalunya ada karoke kan? hahaha ni yang lawak. kalau suara sodappp takpe la lg. tapi selalunya.. hancussss! kalau pakcik2 yang nyanyi.. tak sedap mane pun, bole lg lah nak hadam. kalau golongan wanita tak kira la makcik2 ke budak2 yg nyanyi.. sedap tak sedap belakang cerita la kan. tapi hukum tu yg patut didahulukan. Islam melarang kaum wanita melunakkan suara mereka dengan tujuan menggoda. Suara lunak dan menggoda ini, memang ada larangan di dalam al-Quran :


Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (al-Ahzab : 32)


kalau dah menyanyi, berkaraoke sesuke hati smpy tak ingat dunia.. dgn tujuan berseronok-seronok.. then dalam hati usually mesti terdetik : 'msty orang puji suara I sedappp. awwwwww~' tu lagilah mmg lengkap pakej. siap temasuk dlm golongan riak lagi.. hailaaaaa sahabat sekaum dengan dayah (read : wanita) tak payah lah korang melibatkan diri dengan karaoke2 kat kenduri2 kawen ni.. kecuali, KECUALI okey.. kecuali yang datang tu semuanya perempuan. maka nyanyilah sepuas hati. tapi ade ke kenduri kahwin perempuan je yg dtg? abes pengantin laki korang campak mane?


baca lebih lanjut tentang hukum wanita melunakkan suara dgn menyanyi, klik sini.


emmm ape lagi ek? hah! pembaziran. okeyy pembaziran makanan.. selalunya tak banyak kot. ala, kot2 makanan x abes, boleh la tapau. buat berkat, sedekah kat orang lain. but now we are talking about the preparations... hantaran nak bape puluh ribu serba satu? pelamin nak grand tahap ape? baju pengantin nak bubuh ape? diamond? pearl? ruby? fuhhh 



sumber : inche google

dulu time cuti after spm, dayah selalu gak tengok citer Mahligai Cinta, every thursday kat tv3. alaaa yg hos dia Jovian Mandagi tu. :D  kebanyakannya perkahwinan yg ditunjukkan tu perkahwinan artis. hantaran tak main la kek lapis, kain sarung je. hantaran mesti nak ipad, iphone, lagi nak i ape lagi? then mesti nak show off hantaran korang bape puluh ribu ntah! 

tahukah anda bahawa 'sebaik-baik mahar adalah mahar yang ringan'.. (HR. Abu Dawud 2117, dishahihkan Asy Syaikh Albani rahimahullahu dalam Al Irwa’ 1924) 

 Umar ibnul Khaththab radhiyallahu anhu mengatakan tentang masalah sebaik-baik mahar :
Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita, karena kalau mahar itu dianggap sebagai pemuliaan di dunia atau tanda takwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, tentunya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam lebih dahulu daripada kalian untuk berbuat demikian” (HR. Abu Dawud 2106)
maka ape lagi kaum wanita? tak payah lah bebankan bakal suami korang dengan meminta hantaran yang tinggi menggunung nilainya.. eh mahar tu mas kahwin kan? a'ah ye la mas kahwin. mas kahwin ni selalunye ikut negeri kan? soo xde la membebankan sangat. tp tang hantaran tu yg x bule blah. mintak simple2 dah la. nk ipad, iphone sume. dah kahwin pi la mintak kat laki hang. konpem dia bole kasi.
jom baca pasal mahar yang baik. klik sini
lagi? okey jom cakap pasal baju :D

awwww cantik kan cantik kan cantik kan bju pengantin ni?? haaa mmg cantik. tp menampakkan aurat! kalau ye pn korang pakai tudung labuh menutup dada, bju ni ketat dan tetap akan menampakkan bentuk badan.. maka, kan lebih elok kalau pakai jubah (yg xde shape ye.) zaman skrg kan banyak jubah yg liplapliplap jugak. bole la pakai kalau korang nak nampak glamer. 

wewiiit. kan molek ni? although dayah rase jubah ni agak melampau sulamnye (sarat beno) tp okey lah. atleast menutup aurat je. xde shape. x jarang. dan x ketat! comelnye kalau semua orang nikah pakai baju yg loose mcm ni. sweet ja :D
okey sudah. lebih-lebih pulak aku membebel pasal kawen2 ni. beriye sungguh. haha maaf. saje je nak menyuarakan pendapat. dayah bukanlah arif sgt tentang agama. tp yg dayah tawu, ape yg dayah tulis ni.. semuanya basic. yang setakat belaja pdidikan islam kat sekolah pn dah boleh tawu dah. emmm yg psl rukun nikah tu.. mase form 5 ade belaja kan? sooo jgn ckp korg tatau.. hah! time form 5 dulu pn ade belaja perkara2 yg dilarang mase walimah. antaranya.. perkara yg menjerumus ke arah maksiat. contoh : majlis tari-menari. td pegi kenduri, ade org zapin. mungkin x bole nak ckp yg tu majlis tari-menari. tp.. penari zapin tu lelaki dan perempuan (menari sekali! ye la takkan asing2 pulak.) dan perempuannya pula tak bertudung, baju jarang dan ketat. maka ape hukumnya?
emmm macam mane la time dayah kawen nti ye? yg konpem, dayah tanak bersanding! segan je orang dok belek2 muke kita. kalau semua cakap 'aloooooo cantiknye pengantin perempuan!' tu oke lg. kot yg kutuk2 tu? haha tk sanggup den.

ohhh ye ke? sory tak pasan. haha maybe ni penangan bace buku Kahwin Pada Usia Muda : bahagia atau derita by Uncle Fuad Hj. Sam :D korang belum baca? bacalah tak rugi pun..

okey sudah. kesimpulannya, utamakan agama daripada adat okey? 
info tambahan : jika telah diundang, maka hukum menghadiri walimah itu adalah Wajib! 

assalamualaikum :D

6 comments:

  1. SETUJU. Sume pengantin yang kita pergi setakat kte hidup ni, takde pulak yang pakai baju yang tak ikut badan and baru baru ni pulak mesti diorang pakai sanggul. Kte mmg annoyed dgn org yg pky sanggul -.- Kalau awk, awk nk bersanding ke?

    ReplyDelete
  2. nadd ; tak payah terharu sgt.. nti kawen jemput aq tawwww :D

    aisyah ; yup. ke mmg menyampah gile kalo nmpk org pkai sggul tggi2 tu. x cantik pn kan? btw, kte x nk bsanding :D

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kalau aku sempat kawen :) Hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..comellah entry ko nieh..anywy,aku kwin nnti,aq nk hire ko jdik wedding planner aq!!hahaha bole tau byaran x??hehehe :)

    ReplyDelete
  5. wedding planner? bole! untungla kau sbb kalo aq planner, sume aq buat simple n mura je. jimat! haha :D

    ReplyDelete