29 November 2011

mari berhijrah!

Assalamualaikum.


rasenya belum terlambat kan nk ucapkan salam maal hijrah untuk semua.. wewiiitttttttt dah masuk tahun baru! Alhamdulillah :D  Allah masih beri kita kesempatan untuk merasa tahun baru 1433H. 


ok. lets talk about hijrah. apa hijrah yang korang buat tahun ni? dari sekecil2 hijrah, sampailah ke sebesar2 hijrah. masih dipanggil HIJRAH kan? *eh ape aku taip? aku pn mcm x paham.*  sekecil2 hijrah tu.. contohnya, dulu korang ni memang x rajin minum air kosong, selalu minum air gas, air manis2 je.. soooo korang pun plan sempena tahun baru 1433 H ni, korang nak banyakkan minum air kosong, sekurang2 nya 8 gelas sehari, untuk kesihatan. kan bagus tu? bace sini Khasiat Air Kosong . sewel. tetibe nk sembang psl air kosong. tp serius, air kosong sedap gile!


dan hijrah yang besar? hijrah untuk menutup aurat, misalnya. seronok rasenya tengok artis macam Diana Amir, Irma Hasmie yang ambil keputusan untuk bertudung. dan kalau tudung dipakai betul2 ikut ISO syariah, kan lg best? 


menutup aurat mengikut piawai syariah :D


sejak semester 2 ni, Alhamdulillah, dayah dan amek keputusan untuk pakai tudung bidang 60. tp masih tudung segi empat je. rase macam belum cukup kudrat untuk pakai tudung koshibo jahit tgh tu. (paham?) dan suprisingly, tahukah anda, perasaan bile pakai tudung labuh bidang 60 tu lain. lain dari pakai tudung biasa. kenapa? sebab dayah rasa lebih secure. masa pakai tudung biasa dulu, in order untuk menutup dada, dayah pin bawah, then pin kat tengah2 tudung tu. tapi still, bile kena tiup angin je, mula lah tudung tu melayang2. bile dah pakai tudung bdg 60 ni,sebab labuhkan, so kena pin kiri kanan. angin tiup camne pn, insyaAllah, tudung still selamat!


lagi satu, kalau pakai tudung labuh ni... xde org nak kacau sgt. (eleh, mcm selalu kena usha je. ahahah) yeah, lelaki pn takut nak kacau tau dak? sebab kononnye kita ni budak baik (kononnye...) 


sebelum dayah hijrah pakai tdg labuh ni, ade gak bace blog2 yang berkaitan tudung2 ni. ade je pendapat yang mengatakan, pakai tudung labuh ni susah nak sampai jodoh. ehhhh? what the? sebab katanya, kalau tudung labuh ni, orang lelaki x nak pandang sangat. maka ade je yang dari elok2 pakai tdg labuh, 'berhijrah' pakai tudung biasa. sebab takut x dipinang orang. apakah? tahukah anda bahawa dalam surah An-Nur ayat 26 Allah SWT berfirman,


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..


kenapa kena takut? kalau kita panjang umur, ade rezeki untuk berkahwin.. ade la tu. Allah dah tetapkan jodoh untuk hamba-hambaNya. sooooo jangan jadikan jodoh sebagai alasan boleh?




seriously tudung ni susah nk gosok. sebab besar. kat hostel ni ktorg xde iron board. sooo memang tertonggeng2 la nk gosok! hahahaha dah la lembut je material dye. kena bubuh fabric starch. tapi di mana ada kemahuan, di situ ada highway kan? try la. memang seronok. orang selalu judge kita melalui first impression kan? kalau pakaian sopan, insyaAllah, sopanlah orangnya! auwwwwww :D


kalau korang orang JB, belilah tudung ni kat pasar larkin. atau name glamernya, Larkin Sentral. murah2 weyyy. kalau pandai jahit tudung koshibo macam tudung sekolah tu lg bagus! lg jimat duit sbb kena beli kain je. 


ok. doakan dayah istiqamah pakai tudung nih! 


akhir kata, tutup aurat biar sempurna! kaki pn aurat tawwww. socks jgn lupe!


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment