26 June 2016

Vignette by Syud

Assalamualaikum :)

Dah lama tak update blog ea? terus lupa yang blog ni dah di'private'kan since 2013. Terus tak update pulak tu.. tujuan blog ni bukan untuk sesiapa baca pun, yang penting kenangan untuk diri sendiri :) baru je baca balik previous posts.. ada la dalam berpuluh-puluh posts jugak yang terpaksa revert as draft.. sebab macam tak proper pulak perangai 4,5 tahun lepas. haha malu bila baca balik. nak delete, sayang.. so simpan sendiri je la :)


Since I'm officially a post-degree student (yg masih gigih menanam anggur di rumah) I spend my time by reading. (specifically, reading books that I bought few years back, guna baucer buku). baru je berjaya habis satu.. susah jugak kan bila kita dah lama tinggal habit membaca buku fiksyen ni, rasa feeling nak baca tu lambat je datang. But alhamdulillah, ada positive effect sebab buku Vignette ni best :)


Dah lama dah follow karya Syud sebenarnya. I have all of Kak Syud's novels.. (except yg gabung cerita pendek dalam satu novel). tulisan kak syud sentiasa buat kita rasa berdebar2, senyum memanjang.. tapi novel kak syud bukan jenis yang terlebih cintan-cintun, nak angau sana sini.. NOPE! dia rilek2 je, tawu2 je ending novel depa kawen. eh? bila depa couple? boleh dikatakan takde unsur couple, tetibe berkenan. haha


the one that i read recently is Vignette.






kisah Jiji & Fir yang juga pelajar UTM (I always love Tentang.. Dhiya sebab berlatarkan UTM, so senang nak imagine most of the scenes). tapi ni depa dah habis belajar dah, dah kerja. tak lama pun perkenalan dyorg sebelum kahwin, cuma dyorg sgt byk coincidence. part yg sepatutnya Jiji dah marah kalau related dgn org lain, tapi sebab org tu Fir. rasa sejuk. Lawak yg sepatutnya orang yg kurang macam Fir tu takkan gelak, tapi sebab yg buat lawak tu Jiji, dia gelak besar! see? semua ni tindakan refleks. It ends well, tanpa bercinta, dating bagai.. they got married just like that. suka :)

dulu waktu kat kolej dok bawak novel ni ke hulu ke hilir tapi tak habis2 baca (seminggu lah jugak), ramai tanya apa maksud Vignette ni sebenarnya? honestly tak dapat jawab. haha beli ikut suka sebab Kak Syud penulisnya. but at the end of the story, baru tawu.. Vignette ni macam efek gambar. kalau yang rajin edit gambar, kat instagram ke mana.. ada effect Vignette ni.. yang dia ada macam kabur2 kan gambar tu sikit, To Jiji, Fir is just like a vignette...

I recommend this book for those yang nak something yang santai, taknak stuck dekat watak tu lama2. nak move on dengan cepat.. sebab story diorang ni realistik. I mean, logik lah kat luar sana ada orang yg memang camni. compared to a few novels yang macam dahsyat sgt percintaannya pun =='

okay tu je. next nak baca Sophie Kinsella series pulak.. (i bought this series since 2011 taw, tak baca lagi sampai sekarang. haha)



No comments:

Post a Comment