28 July 2016

Puding Sagu Nyum Nyumm

Assalamualaikum :)

dua hari lepas ada terbaca resipi puding sagu ni dekat fb (tak taw nama sebenar dia apa, panggil puding sagu sebab ada guna biji sagu & susu cair yg guna untuk puding cocktail. lol). lepas baca resepi mestilah terus teringin so apa lagi start kereta pergi beli barang la. haha

nak ikut je resepi dekat fb tu tapi disebabkan lebih suka buat something sesuka hati tanpa sukatan yang tepat, so ni resepi akhir:

SAGU
1 cawan sagu biji (sagu yg saiz kecik)
Pewarna ikut citarasa sendiri nak kaler apa (kita guna merah, typical sgt.haha)
2 sudu gula pasir
Air

Mula2 rendam dulu sagu tu dalam setengah jam, biar kembang. lepas tu toskan air dia, campur semua bahan tadi dan terus rebus. air tu, mula2 boleh letak parat2 sagu je, then kena tambah dari semasa ke semasa. bila dah takde warna putih dekat sagu tu, insyaAllah sagu dah masak :) *jangan terlebih air, kalau sagu belum masak, tambah air sikit2.. jgn terus bubuh byk2*

SUSU
1 tin susu cair
5 sudu susu pekat
2 sudu gula
Secubit garam
Daun pandan untuk kasi wangi

Campur je semua bahan kat atas ni, masak sampai mendidih

GULA MELAKA
Certain orang suka bubuh gula melaka ni, sebab bau dia sedap. hehe tapi kalau taknak buat yang ni pun boleh, tapi dekat sukatan susu tadi, lebihkan gula.. sebab nanti tak manis. untuk gula melaka ni, kita potong setengah biji gula melaka yg bentuk silinder tu, cairkan dalam secawan air. letak daun pandan untuk naikkan bau dia. lepas gula melaka tu cair sepenuhnya, boleh tutup api :)

Lepas siap semua, recommended bubuh dulu dalam peti ais, dah sejuk baru makan. baru syiokk!

Tadaaaaaaa~ siap dah. sedap dimakan time panas2. memandangkan Malaysia memang summer all the time, so it's perfect to enjoy at any time :)



Sedang menikmati sambil buat soalan add math form 4 untuk anak2 didik =.= kurang sikit stress. haha

No comments:

Post a Comment